Tuesday, 3 April 2012

Pengosongan pangsapuri Kerinchi ditangguh seminggu


Penduduk flat lama PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur diberi masa seminggu lagi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengosongkan perumahan itu yang bakal dirobohkan untuk projek pembangunan baru.
Mereka sepatutnya mengosongkannya pada jam 9.30 pagi tadi tetapi masih terdapat 34 penduduk gagal melakukannya dan membantahnya.
Mereka mahukan lebih masa diberikan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
"Kita bukan menolak atau tidak mahu pindah. Kita setuju (untuk pindah), tetapi bagilah kami masa yang secukupnya kepada kami.
"Mana sempat nak kosongkan rumah dalam masa dua minggu. Lagipun ada anak-anak kami yang bersekolah, nak SPM tahun ini," kata penduduk setempat Mohd Idrus Tokiran, 48, yang turut bertindak sebagai ahli jawatankuasa bertindak kampung itu.
Sementara itu, sekumpulan mahasiswa hari ini turut menyatakan kesangsian mereka berhubung arahan pemindahan yang didakwa dikeluarkan secara mengejut.
"Apakah tidak munasabah untuk menangguhkan arahan pemindahan dalam tempoh hingga Julai sebagai jalan budi bicara?
"Dalam masa penduduk menguruskan urusan pemindahan rumah, persekolahan anak-anak dan lain-lain," kata pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang.


Satahu chek lah........ dari perbicaraan pertama dulu (pejabat Tanah) 34 penduduk telah membuat bantahan ke Mahkamah tinggi ......isu pampasan tu ........ boleh ke diroboh sedangkan perbicaraan mahkamah belum selesai lagi ??????? pandainya dia

Flat akan diroboh, tapi kunci PPR belum dapat.. Menyesal kini tak berguna lagi Pak Cik...

E-mailPrintPDF
Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Kerinchi, Mohd Idrus Tokiran berkata, sebahagian penduduk pangsapuri PKNS yang masih tinggal di tempat itu masih berdepan masalah melibatkan urusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Menyesal kini tak berguna lagi Pak Cik... susu diberi dibalas tuba..

Katanya, ada di kalangan penduduk berkenaan masih belum menerima kunci untuk rumah baru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah di Puchong untuk menggantikan rumah mereka yang akan dirobohkan.Malah, terdapat juga keluarga yang mendapati nama mereka masih tidak terdapat dalam rekod DBKL untuk kemudahan perumahan di PPR 


Muhibbah, katanya. Flat akan diroboh, tapi kunci PPR belum dapat.. Menyesal kini tak berguna lagi Pak Cik...

Oleh sebab itu, seramai 34 penduduk terlibat memerlukan masa untuk berpindah dan berunding untuk membolehkan mereka tinggal di situ sehingga 1 Julai, katanya.
"Pemaju dah bayarkan sewa rumah (PPR Muhibbah) yang mereka beri untuk bulan Mac. Tetapi bila kami pergi ke DBKL untuk bayar sewa bulan April, tiada akaun nama kami di DBKL.
"Ini yang menyebabkan kami rasa takut untuk berpindah kerana kami rasa ada tipu helah yang cuba mereka buat," katanya.
Katanya, penduduk berkenaan bukannya menolak pembangunan, malah mereka telah bersetuju untuk berpindak.
"Tetapi bagilah kami masa yang secukupnya kepada kami. Mana sempat nak kosongkan rumah dalam masa dua minggu.
Lagipun ada anak-anak kami yang bersekolah, nak (menduduki peperiksaan) SPM tahun ini," katanya lagi dalam sidang media di perkarangan pangsapuri tersebut hari ini.
Katanya, rumah yang diduduki penduduk berkenaan merupakan rumah yang dibeli oleh mereka dan ada di antara golongan itu yang telah menghuninya hampir 40 tahun.
"Tetapi kami dapat notis bila akta tanah digunakan, kita jadi penghuni tanpa izin pula," katanya mengulas tindakan Pejabat Tanah dan Galian mengeluarkan notis pengosongan kepada mereka, Ahad lalu.
Notis pengosongan itu adalah untuk membolehkan kawasan tersebut dibangunkan semula oleh pemaju Suez Domain Sdn Bhd.
Penduduk berkenaan diberi masa seminggu mengosongkan perumahan itu.
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/04/flat-akan-diroboh-tapi-kunci-ppr-belum.html



KUALA LUMPUR (April 3, 2012): Kuala Lumpur City Hall (DBKL) has allowed 34 families of PKNS flats at Kampung Kerinchi here another week to move out.
The families had defied an eviction order to vacate the flats and following this a commotion broke out at the site when the demolition team arrived this morning.
Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar who was present at the site negotiated on behalf of the residents for the Federal Territory Land and Mines Office (PTGWP) to allocate time for them to move out.
“The residents agreed to move but wanted the authority to postpone the eviction till July 1,” she said at a press conference with the residents today.
PTPGWP Assistant Land Officer, Mohd Salleh Sadri however only agreed go give them a week to move out as DBKL has found suitable apartments unit for the families to move to.
He also agreed to the conditions raised by the residents who wanted their lawyers to inspect the house before moving in.
“There are units in PPR Chempaka in Kerinchi and PPR Muhibbah in Kinrara, Puchong. The lawyers can view them to make sure these are all right,” he said to the residents.
A resident, Mohd Idrus Tokiran, 48, questioned the one week’s notice which he said was not enough to vacate their house.
He said there are residents whose name are not listed in the DBKL registry for the PPR even though the developer and authorities had convinced residents there were units available for them.
“This is why we are afraid to move out. There is the possibility that they are trying to deceive us” he said.
Another resident Ismail Man, 49 said he would lose his business if he left the flats.
Ismail, who ran a shop for 27 years, rented it from the last developer PKNS.
He said the new developer, Suez Domain Sdn Bhd told him there are no shop lots at the new housing project.
“It is not that I don’t want to leave, but I'm waiting for information on the status of my shop.
"Former squatters got a new shop at PPR, but we didn’t,” he said.
Chaos erupted at the Kerinchi PKNS flats as the demolition team arrived at 9.30am and started the demolition exercise at 10am.
In the midst of the commotion were few student activists from Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
A fight broke out when several pro-demolishers traded insults and assaulted and activists, Adam Adli Abdul Halim, Ekhsan Bukharee and Safwan Anang.
Adam was punched in the ensuing chaos while Ekhsan was escorted out by police who then brought him to the Pantai Police Station.
The police had to step in and separate groups of residents and outsiders who were either for or against the demolition of the 40 year old flats.
Both Adam and Ekhsan then lodged police reports about the assault.
Residents who were against the demolition had gathered at the site since 8am along with NGO- Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) led by its president Tan Jo Han.
DBKL demolition team was led by Federal Territory and Urban Wellbeing Ministry Deputy Secretary Datuk Adnan Md Ikhsan.
The low-cost flats at Kampung Kerinchi had been earmarked for redevelopment under the urban renewal scheme.
The majority of the flat owners who had agreed to move have been relocated to PPR Kerinchi, and their rent for the next three years will be paid for by the developer to Kuala Lumpur City Hall (DBKL).
They had signed an agreement with Suez Domain, and will be offered 860 sq ft medium-cost apartment units worth between RM300,000 to RM400,000 at the same site once construction is completed.
The developer offered to buy back the apartment units at RM125, 000 each if the flat owners do not want to move in.
The Kampung Kerinchi low-cost flats were built by PKNS in the 1970s. Most of the flat owners are senior citizens.

NOW : DBKL Mula Merobohkan Flat Kerinchi, Lembah Pantai 

FLAT 4 TINGKAT KERINCHI - SIAPA YANG TERTINDAS?

tapak ni di beri pada siapa?

dengarnya dah lunch  Condo Mewah 38 Tingkat and Hotel ???
cuba tanya Adakah penduduk disini dapat kondo tu???...dibuang ke PPR ...sewa pulak tu
beri aje hak mereka ,, mereka bukan setinggan .. macam setingan boleh lah beri sewa
PPR tu......
patutnya beri mereka 1 unit apa yang akan dibangunkan

Patutkah Penduduk ni diberi layanan begini?????










SMM pertahan hak 34 keluarga Kampung Kerinchi

1. SMM kesal dengan Kejadian belasah mahasiswa yang pertahankan hak 34 keluarga yang masih bertahan di flat 4 tingkat Kampung Kerinchi. Ini menunjukkan budaya samseng masih menjadi pendekatan sesetengah pihak yang berkepentingan.
2. SMM yakin arahan pemindahan oleh pihak berkuasa mengandungi unsur muslihat. Pada awalnya, penduduk tidak diberitahu tarikh pemindahan. Secara mengejut mereka diberi notis seminggu untuk berpindah.
3. Apakah tidak munasabah untuk menangguhkan arahan pemindahan dalam tempoh hingga Julai sebagai jalan budibicara? Dalam masa penduduk menguruskan urusan pemindahan rumah, persekolahan anak-anak dan lain-lain.
4. Apa yang mengejutkan, pemaju telah mengkhianati penduduk dengan pemotongan bekalan air dan elektrik tanpa maklumat mereka. Bahkan, apabila mereka ingin menjelaskan bil, didapati alamat mereka sudah digugurkan daripada rekod. Perbuatan khianat para pemaju yang rakus memikirkan soal keuntungan di sebalik pembangunan ini sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.
5. Saya dan beberapa rakan dari SMM yang turut turun ke Kampung Kerinchi merasai kesedihan yang dirasakan oleh penduduk yang mempertahankan tanah mereka. Inilah keperitan yang terpaksa ditanggung semenjak 50 tahun rejim zalim memerintah tanpa perikemanusiaan.
6. SMM menggesa semua rakyat Malaysia membuka mata melihat sendiri kesan pemerintahan rejim ini kepada rakyat. Rakyat Malaysia kini terbuang di tanah sendiri.
7. SMM tegas berpendirian ini masanya kita merubah kerajaan sedia ada kepada yang lebih baik. Kami turut menyeru semua rakyat untuk turut bersama bersolidariti pada 14 April ini dalam himpunan Mansuh PTPTN setelah melihat penderitaan anak muda yang dibebani hutang pinjaman PTPTN.
Muhammad Safwan b. Anang @ Talib
Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28850

KUALA LUMPUR 3 April: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memohon Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) memberi penangguhan bagi 34 keluarga penduduk Flat Kg Kerinchi yang diarahkan pejabat tanah untuk berpindah.
“Penduduk akur dengan Akta Tanah 1960 dan setuju untuk pindah. Apa yang diminta adalah pihak berkuasa menangguh pemindahan sehingga 1 Julai, dan menyelesaikan beberapa masalah yang timbul dahulu,” katanya.
Nurul Izzah berjaya berbincang dengan wakil PPTGWP, Mohd Salleh untuk meminta penangguhan, dan Mohd Salleh bersetuju memberi masa selama seminggu kepada 34 keluarga itu untuk berpindah.
Perbincangan antara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan wakil penghuni Flat Kg Kerinchi dengan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) berjaya memberi masa seminggu lagi kepada 34 keluarga terlibat untuk mengosongkan kediaman mereka.
Katanya, penduduk sememangnya akur dengan Akta Tanah 1960 yang menuntut mereka mengosongkan kediaman, namun meminta masa untuk berpindah dan selepas beberapa perkara seperti PPR mereka selesai.
“Rumah PPR untuk mereka pun belum tersedia. Jadi ke mana mereka mahu pindah?
“Kami menuntut supaya pihak berkuasa mengikut prosedur yang ditetapkan, dan bukan menghalau mereka dengan cara ini. Mereka adalah pemilik sah flat ini,” katanya lagi.