KUALA LUMPUR 3 April: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah
Anwar memohon Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) memberi
penangguhan bagi 34 keluarga penduduk Flat Kg Kerinchi yang diarahkan pejabat
tanah untuk berpindah.
“Penduduk akur dengan Akta Tanah 1960 dan setuju untuk
pindah. Apa yang diminta adalah pihak berkuasa menangguh pemindahan sehingga 1
Julai, dan menyelesaikan beberapa masalah yang timbul dahulu,” katanya.
Nurul Izzah berjaya berbincang dengan wakil PPTGWP, Mohd
Salleh untuk meminta penangguhan, dan Mohd Salleh bersetuju memberi masa selama
seminggu kepada 34 keluarga itu untuk berpindah.
Perbincangan antara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul
Izzah Anwar dan wakil penghuni Flat Kg Kerinchi dengan Pejabat Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan (PPTGWP) berjaya memberi masa seminggu lagi kepada 34
keluarga terlibat untuk mengosongkan kediaman mereka.
Katanya, penduduk sememangnya akur dengan Akta Tanah 1960
yang menuntut mereka mengosongkan kediaman, namun meminta masa untuk berpindah
dan selepas beberapa perkara seperti PPR mereka selesai.
“Rumah PPR untuk mereka pun belum tersedia. Jadi ke mana
mereka mahu pindah?
“Kami menuntut supaya pihak berkuasa mengikut prosedur
yang ditetapkan, dan bukan menghalau mereka dengan cara ini. Mereka adalah
pemilik sah flat ini,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28843
No comments:
Post a Comment