SMM pertahan hak 34 keluarga Kampung Kerinchi
1. SMM kesal dengan Kejadian belasah mahasiswa yang pertahankan
hak 34 keluarga yang masih bertahan di flat 4 tingkat Kampung Kerinchi. Ini
menunjukkan budaya samseng masih menjadi pendekatan sesetengah pihak yang
berkepentingan.
2. SMM yakin arahan pemindahan oleh pihak berkuasa
mengandungi unsur muslihat. Pada awalnya, penduduk tidak diberitahu tarikh
pemindahan. Secara mengejut mereka diberi notis seminggu untuk berpindah.
3. Apakah tidak munasabah untuk menangguhkan arahan pemindahan
dalam tempoh hingga Julai sebagai jalan budibicara? Dalam masa penduduk
menguruskan urusan pemindahan rumah, persekolahan anak-anak dan lain-lain.
4. Apa yang mengejutkan, pemaju telah mengkhianati
penduduk dengan pemotongan bekalan air dan elektrik tanpa maklumat mereka.
Bahkan, apabila mereka ingin menjelaskan bil, didapati alamat mereka sudah
digugurkan daripada rekod. Perbuatan khianat para pemaju yang rakus memikirkan
soal keuntungan di sebalik pembangunan ini sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.
5. Saya dan beberapa rakan dari SMM yang turut turun ke
Kampung Kerinchi merasai kesedihan yang dirasakan oleh penduduk yang
mempertahankan tanah mereka. Inilah keperitan yang terpaksa ditanggung semenjak
50 tahun rejim zalim memerintah tanpa perikemanusiaan.
6. SMM menggesa semua rakyat Malaysia membuka mata melihat
sendiri kesan pemerintahan rejim ini kepada rakyat. Rakyat Malaysia kini
terbuang di tanah sendiri.
7. SMM tegas berpendirian ini masanya kita merubah
kerajaan sedia ada kepada yang lebih baik. Kami turut menyeru semua rakyat
untuk turut bersama bersolidariti pada 14 April ini dalam himpunan Mansuh PTPTN
setelah melihat penderitaan anak muda yang dibebani hutang pinjaman PTPTN.
Muhammad Safwan b. Anang @ Talib
Pengerusi
Solidariti MahasiswaMalaysia
(SMM)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28850Pengerusi
Solidariti Mahasiswa
Zaman sekarang ni ..... dan akan datang inilah yang akan berlaku seterusnya ......
ReplyDelete